IKLAN JAWATAN KOSONG JURUTEKNIK KOMPUTER (KONTRAK) GRED FT19

MUAT TURUN IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN DI BAWAH

IKLAN JAWATAN KOSONG
JURUTEKNIK KOMPUTER (KONTRAK) GRED FT19
TARIKH BUKA IKLAN: 22 MAC 2024

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut:-

RINGKASAN TUGAS:
✓ Menguruskan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan, pemantauan dan keselamatan rangkaian LAN WAN secara optima di Pejabat Negeri dan lain-lain pejabat dibawahnya;
✓ Menyelenggara dan membaiki :
a) Perkakasan ICT, perisian dan aplikasi.
b) Melaraskan pembahagian IP Adress, Gateway, Modem dan sebagainya.
✓ Memberikan khidmat nasihat ICT dan sokongan teknikal;
✓ Melaksana / memantau penyelenggaraan berjadual ke atas perkakasan ICT;
✓ Menyediakan keperluan peralatan ICT bagi program, acara rasmi dan mesyuarat;
✓ Membantu pegawai dalam membangunkan aplikasi Multimedia atau montaj mengikut keperluan;
✓ Memaklumkan masalah dan penyelesaian ICT yang dilakukan ke Ibu Pejabat;
✓ Menghantar rekod penyelenggaraan ICT ke Ibu Pejabat; dan
✓ Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON:
1) Borang Permohonan JAKOA/A.1.419 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my.
2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
3) Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
6) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
7) Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : 03-8090 3600 ext 3639/3648
Emel : pengambilan@jakoa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 29 MAC 2024

Kemaskini Terakhir : 23 / 03 / 2024 06:16 AM