Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

IKLAN JAWATAN KOSONG SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL MySTEP)

MUAT TURUN IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN DI BAWAH

IKLAN JAWATAN KOSONG
SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL MySTEP)
TARIKH BUKA IKLAN: 29 JULAI 2023

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Jabatan ini berbesar hati ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL MySTEP:-

SYARAT PERMOHONAN:
✓ Warganegara Malaysia;
✓ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 29 Julai 2023;
✓ Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
✓ Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
✓ Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
✓ Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.

 

CARA MEMOHON:
1) Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my.
2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
3) Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
6) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
7) Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : 03-8090 3600 ext 3639/3648
Emel : psm@jakoa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 04 OGOS 2023 (JUMAAT)

Last Updated : 8 / 08 / 2023 12:32 PM