Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Kategori: UMUM

Setakat 2023, jumlah penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia adalah seramai 215, 215 orang.

Setakat 2023, jumlah Kampung Orang Asli di Semenanjung adalah sebanyak 853 kampung.

Terdapat tiga(3) suku kaum utama Orang Asli di Semenanjung Malaysia iaitu:

i. Melayu Proto – Terdiri daripada etnik Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar, Semelai dan Temuan

ii. Negrito – Terdiri daripada etnik Bateq, Jahai, Kensiu, Kintak, Lanoh dan Mendriq

iii. Senoi – Terdiri daripada etnik Che Wong, Jahut, Mahmeri, Semai, Semog Beri dan Temiar

Setiap program khidmat masyarakat / lawatan yang ingin dilaksanakan di Kampung Orang Asli (KOA) perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah JAKOA.

Pemohon perlu melayari laman web rasmi JAKOA di pautan: https://www.jakoa.gov.my/umum/permohonan-khidmat-masyarakat-dan-lawatan/

Permohonan perlu disertakan dengan:

1) Borang Permohonan Lengkap

2) Salinan Kertas Kerja / Proposal lengkap bagi program yang akan dilaksanakan

3) Surat Permohonan Rasmi

4) Sekiranya melibatkan pengambilan sampel dari tubuh badan Orang Asli, kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu disertakan.

Kelulusan permohonan akan diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan yang telah lengkap diterima.

Setiap program Penyelidikan / Kajian yang ingin dilaksanakan di Kampung Orang Asli (KOA) perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah JAKOA

Pemohon perlu melayari laman web rasmi JAKOA di pautan: https://www.jakoa.gov.my/umum/permohonan-penyelidikan/

Permohonan perlu disertakan dengan:

1) Borang Permohonan Lengkap

2) Salinan Kertas Cadangan Kajian bagi Penyelidikan/Kajian yang akan dilaksanakan

3) Surat Permohonan Rasmi

4) Sekiranya melibatkan pengambilan sampel dari tubuh badan Orang Asli, kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu disertakan.

5) Bagi kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA) dan Soil Investigation (SI), surat lantikan perunding perlu disertakan.

Borang dan tatacara permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang JAKOA. Borang permohonan yang lengkap beserta surat iringan/ sokongan dan kertas kerja perlu diemelkan kepada unitkajian@jakoa.gov.my. Tempoh kelulusan permohonan mengambil masa 14 hari bekerja.

Terdapat tujuh puluh empat (74) buah Kampung Orang Asli (KOA) di Selangor yang merangkumi lima (5) pentadbiran daerah iaitu daerah Hulu Selangor, Hulu Langat, Gombak & Petaling, Kuala Langat & Klang dan Sepang. 

Di negeri Selangor terdapat tiga (3) suku kaum utama iaitu Temuan, Mah Meri dan Semai. Suku kaum Temuan adalah suku kaum terbesar di Selangor.