Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

RUMAH PANJANG SUKU TEMIAR
Biasanya digunakan oleh suku bangsa Negrito dan senoi khususnya kaum Temiar di Kawasan pedalaman. Berukuran 40-50 meter Panjang dan 10 meter lebar. Rumah ini diperbuat daripada kayu sebagai rangka manakala dindingnya daripada buluh serta atapnya daripada daun bertam yang dianyam dan diikat dengan rotan.
RUMAH SUKU KAUM SEMELAI
Kediaman tradisional Orang Asli suku bangsa Melayu Asli. Keluasannya kira-kira 30 x 30 kaki manakala ketinggiannya 4-5 kaki dari tanah. Dinding rumah diperbuat daripada kulit kayu manakala atapnya daripada daun nipah. Keseluruhan rumah tidak menggunakan paku tetapi diikat menggunakan rotan atau akar kayu. Mempunyai tingkap tetapi tidak mempunyai dapur.
RUMAH PISANG SESIKAT
Rumah Pisang Sesikat digunakan oleh suku kaum Orang Asli di Malaysia sebagai kediaman sementara. Biasanya digunakan sebagai tempat berteduh Ketika menunggu kediaman kekal siap dibina atau Ketika mengerjakan ladang atau berburu. Rumah ini menggunakan kayu sebagai rangka manakala atapnya daripada daun bertam. Tidak mempunyai dinding, hanya pangkin yang digunakan untuk berehat, tidur dan makan.
Previous slide
Next slide